Guru Ibarat Lilin Yang Menerangi

Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Naib Johan


Diumumkan bahawa naib Johan Choral Speaking Kategori
Semester 3 PPISMP ,
Sempena Minggu Pembudayaan Ilmu
Anjuran Exco Akademik
disandang oleh....
.................................


PPISMP 3.03
(Pengajian Agama)



TAHNIAH
MABRUK ALAINA

ALHAMDULILLAH


Nanti kita melantak semua ni sama2 k....
siap dgn kek lagi....

Chaiyo Bistro sama antum ar GUA ckp....

Hahaha....


Tuesday, August 3, 2010

PasUkan Choral Speaking Kami

choral Speaking Competition berlalu sudah...

Apa kata kita imbau kembali detik2 manis ketika berlatih pula....

Let's check it ouT,fwendS.....



SeriousLy....

Have fUN


Competition Date


ObedieNt aNd fOcuSsing...


add ukhuwah among us...


5 bOyZ jOin as wELL...cOngraTz...


teamwork....



Thanks all for our comitment given...
Proud to be here with u all....
next tYme we have tO compete again i think...hehe....
whatever,we gave the best for that...congratZ too....


Saturday, June 19, 2010

Dingin Air,Hangat Ukhuwah

Kenangan kita bersama di
Air Terjun Chemerkau Chekas,Hulu dong Raub,Pahang
pada 9 Jun 2010 yg lalu
takkan kami lupakan dalam ingatan kami utk selama-lamanya...


Kehangatan Ukhuwah sesama kita menewaskan
kedinginan air terjun yang membasahi kita semua...


Keriangan dan keceriaan yang lahir daripada kenangan ini
takkan luput di ingatan,malah akan terus malar segar
di hati dan minda kita semua....


Syukran atas kenangan2 ini semua...
Besarlah harapan kita agar dapat mengukir kenangan
sebegini lagi pada masa2 akan datang...


sekian....


Wednesday, May 12, 2010

Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa Di PICC





KONGRES INTEGRITI PEMIMPIN MAHASISWA 2010
yg bertempat di Putrajaya International Convention Centre(PICC)
pada 11 Mei 2010...dengan tema
1 Malaysia Berintegriti:Mahasiswa Melestari
Ucap Utama oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi)

semua ni anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian tinggi...

Banyak IPTA,IPG dan Politeknik hadir dalam kongres tersebut.IPG Kampus Pendidikan Islam telah menghantar sebahagian besar Pembimbing Rakan Siswa dan Kelas PPISMP 2.03 ke sana.

Selama ini,asyik dengar je kalimah INTEGRITI tu,tapi x tahu ape maksudnye kan??Masa kat kongres ni lar kami berpeluang mendengar ceramah,forum dan bengkel berkenaan INTEGRITI....(owh ye kerw??)

Ni lah Aturcara Majlisnya...

7.45-8.30 pagi-Ketibaan peserta Kongres Integriti Pemimpin Mahasiswa.

8.45 pagi-Taklimat kongres oleh urus setia.

9.00-9.50 pagi-Sidang Plenari (ceramah Khas) dengan tema:"Memperkasa Integriti Mahasiswa-Isu dan Cabaran"..disampaikan oleh Prof.Dato' Ir Dr.Zaini bin Ujang (Naib Canselor UTM)

10.00-11.00 pagi-Sidang Plenari (Forum) dengan tema:"Integriti Pemimpin Mahasiswa:Merealisasi Harapan 1 Malaysia Berintegriti"...ahli panel 1-Prof Madya Dr.Asyraf Wajdi Dasuki Dato'Hj.Dasuki (Ketua Pengurusan Penyelidikan ISRA)..ahli panel 2-YB Dr.Sarjit Singh (Felow Utama Institut Penyelidikan Belia Negara- UPM)

11.15-12.10 tengah hari-Bengkel Integriti,Pembentangan Resolusi Bengkel...

1.10-2.15 petang-Makan tengah hari dan Solat Zohor

2.15-4.00 petang- majlis Bersama Y.B Menteri Pengajian Tinggi
-Ucapan alu-aluan Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan (Pengerusi IIM).
-Ucap utama YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian tinggi)
-Pelancaran Rakan Integriti Mahasiswa (RIM)
-Penyerahan Resolusi Kongres oleh wakil mahasiswa.
-Ikrar Integriti Malaysia
-Bersurai
-Minum ptg
-Balik IPG KPI..huhu...


KOLEKSI MEMORI DI PICC
DALAM KONGRES TERSEBUT.....






Tuesday, May 11, 2010

kongres integriti pemimpin mahasiswa 2010

“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman Rabku, akan habislah lautan sebelum firman Rabku habis ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu pula.” (Al-Kahfi: 109)

1 Malaysia Berintegriti:Mahasiswa Melestari
Ucap Utama oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi)
Anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian tinggi
masa: 11 mei 2010/selasa/9.00 pagi

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

Banyak IPTA,IPG dan Politeknik hadir dalam kongres tersebut.IPG Kampus Pendidikan Islam telah menghantar sebahagian besar Pembimbing Rakan Siswa dan Kelas PPISMP 2.03 ke sana. lebih kurang 1000 orang peserta yang menyertai kongres ini.


dewan santapan kami yang begitu gah sekali
bakal pemimpin dan pendidik masa hadapan


Antara penceramah yang membentangkan tajuk dan pandangan masing2 dengan penuh bersemangat..


Dr. Asyraf Wajdi Dasuki


Gambar kenangan bersama selepas tamat kongres

Friday, April 9, 2010

Aktiviti Kelas Kami..


..Assalammualaikum..
Alhamdulillah, b'syukur kehadrat Ilahi kerana dgn limpah rahmatnya dapt kita b'sama-sama menruskn khidupn ini dgn nikmt yang pling besar skali iaitu nikmat Iman dan Islam..
b'syukur juga kerana dgn bntuanNya dpt kami melksanakan satu kejohanan Petanque t'tutp pringkt IPG KPI..Spnjang aktiviti ini b'lngsung bnyak p'kara yang kami peroleh, serta bnyak pngalaman yg kami p'oleh,mudah-mudahan aktiviti ini dpt mnjadi salah satu medan p;juangn kami sewktu mengajar di sekolah suatu hari kelak,..InsyaAllah..Bnyak cerita yg ingin dikongsi b'sama..cuma kekangan masa x mengizinkan, ckuplah hnya saya coretkan kami bnyak belajar dard kesilpan & pnglaman pd hari tersebut. suka duka kami tanggung b'sama dan hanya Allah yg mengetahuinya.. Alhamdulillah..Terima kasih tidak t;hingga kami ucapkan kpd guru pembimbing kami iaitu Pn. Rabi'ah bt Abd Rahman. tanpa beliau progrm ini x dpt dijlnkan dengn lancarnya..minta maaf skiranya bnyk b'lakunya ksilapan spnjng mengndalikn progrm ini..kepada naqibah kami iaitu Pn. Mutia Sabihah Bt Mohd Asri keran sudi m'bntu dr segi kewangan, hanya Allah dpt mmbals jasa mu..setersnya kpd semua ahli PPISMP 2.03 Ambilan julai 09 yg b'tngkus lumus, b'mndi peluh, mnahan sabar dan b'kongsi ketawa dlm mnjayakan aktiviti..moga2 dgn aktiviti ini kita dpt mnjadiknnya sbgai satu ilmu untk diguna swktu mngajar nanti dan akhir kpd semua muslimin muslimat yg sudi mnyertai progrm yg dianjurkn oleh klass kami ini..
"Tidak bermakna erti sebuah 'kehidupan' tanpa hidup yang bnyak mengajar erti suka & duka"
sesi pendaftaransesi taklimat yg disampaikan oleh Mohd Izzudeen

















Thursday, March 25, 2010

Pembikinan Banner Kejohanan Petanque

Assalammualaikum kepada anda sekalian.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan
sentiasa dinaungi kerahmatan dan redha daripada-NYA,amin...

Kelas kami tidak ketandusan idea untuk memuatkan ceritera menarik dan membina,
di samping meningkatkan keceriaan kelas 2.03 yang disayangi ini.Kerjasama daripada semua kawan-kawan sangat diperlukan dalam menjayakan segala bentuk aktiviti yang dianjurkan.Tiada kejayaan tanpa usaha,dan tiada kualiti tanpa kerjasama daripada semua ahli.

Memandangkan dalam minggu pertama bulan April nanti,kami akan menganjurkan sebuah Kejohanan Petanque Double,jadi kami telah membuat banner bagi pertandingan tersebut.Tarikh 24 Mac 2010 adalah tarikh ahli-ahli kelas bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan untuk kejohanan tersebut.Semua AJK GerkO Petanque PPISMP 2.03 telah memainkan peranan masing-masing dengan baik.Salah satu daripada persiapan tersebut adalah membuat banner/kain rentang.


Syahira,Farah Husna,Zahriha dan Zaimah
sedang tekun mewarna huruf-huruf yang
telah siap dilakarkan.


Izzudeen dan Amar adalah antara tonggak utama
proses penghasilan kain rentang kejohanan ini.
Hasil kerja yang diberikan wajar diberi pujian.


Nazri selaku Pengerusi GERKO Petanque PPISMP 2.03
memantau dan membantu si Amar dan si Asyraaf
untuk membuat ukuran dan lakaran kasar pada awalnya.


Proses lakaran dan ukuran sedang dijalankan.
Gambar Nazrin tiada di dalam gambar kerana
dia lah photographer gambar2 ini.huhu...


Syahirah dan Farah Husna kelihatan begitu bersungguh-sungguh sekali,
demi memastikan proses mewarna dapat dijalankan dengan baik.
Terima Kasih kerana membantu!!


Zahriha tetap tabah melakukan kerja2 sebegini,walaupun suara
dia serak kerana sakit tekak.hehehe...
Zaimah sentiasa membantu dan rajin dalam sebarang kerja yang dilakukan.
Mereka tidak pernah menghampakan kami.huhu...


Deen dan Amar sentiasa saling bertukar idea dan pendapat
dalam sebarang tugasan yang diberikan.
Bagi sahaja apapun kerja,pasti bereh punyer.


Kerja separuh jalan.
Lagi separuh tak sempat ambil gambar.
Nanti-nanti je lah...


Ini sahaja cerita tentang pembikinan
banner kejohananan Petanque yang dapat dikongsikan.
Keceriaan kami di PPISMP 2.03 akan terus malar segar
dalam cerita-cerita yg akan datang.


Sekian,wassalam.

Persiapan Sebelum Pemantauan MQA

Keserabutan dan tsunami kesibukan telah melanda kami di PPISMP 2.03.Mana taknya,kami kena sediakan fail2 setiap subjek bagi pemantauan pihak MQA.masing2 sibuk menghabiskan duit elaun,mengerah tenaga,memerah keringat dan segalanya demi menjayakan proses menyiapkan fail2 tersebut.

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar...huhuhu...
nasib baiklah aku simpan fail2 masa semester 1 dulu.senang cket keje aku
(senang lah sgt,lalalala)

Sifat rajin tertanam subur di dalam diri kami semua semenjak dikomen oleh
pihak berwajib IPG KPI berkenaan kekurangan di kelas kami.
Semoga sifat rajin ini tersemai-subur dengan malar dalam diri kami semua.Amin!!
hidup PPISMP 2.03!!!


antara kawan-kawan yg sedang bertungkus-lumus mengupdate fail2..
sanggup datang ke kelas pd waktu malam semata-mata utk melunaskan tanggungjawab tersebut...ngeh3....


keadaan kelas masa penghuninya tiada...
x tahu lah kalau 'makhluk lain'ada yg tumpang sekejap kt sini...
hehehe...


suasana kelas yg kian ceria menambah keghairahan kami utk meneruskan
pembelajaran di sini.walaupun dibebani dengan banyak sgt KKP dan sebagainya,kami tetap tabah!!!


Sibuk betul diorang ni kan??
bagus2....teruskan kerja2 kamu...ketekunan asas kejayaan...


Papan Kenyataan Setiap Subjek
di kelas kami...
AJK Subjek memainkan peranan dengan sgt baik.Mabruk alaikum!


fail yg melambak2 ni penulis cerita ni yg punyer...hahaha...
saje2 amek gambo ni sebagai tanda kenang-kenangan dan bukti bahawa
ni aku punye...( x masal)



Sekian terima kasih!!