Guru Ibarat Lilin Yang Menerangi

Showing posts with label permainan. Show all posts
Showing posts with label permainan. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Pembikinan Banner Kejohanan Petanque

Assalammualaikum kepada anda sekalian.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan
sentiasa dinaungi kerahmatan dan redha daripada-NYA,amin...

Kelas kami tidak ketandusan idea untuk memuatkan ceritera menarik dan membina,
di samping meningkatkan keceriaan kelas 2.03 yang disayangi ini.Kerjasama daripada semua kawan-kawan sangat diperlukan dalam menjayakan segala bentuk aktiviti yang dianjurkan.Tiada kejayaan tanpa usaha,dan tiada kualiti tanpa kerjasama daripada semua ahli.

Memandangkan dalam minggu pertama bulan April nanti,kami akan menganjurkan sebuah Kejohanan Petanque Double,jadi kami telah membuat banner bagi pertandingan tersebut.Tarikh 24 Mac 2010 adalah tarikh ahli-ahli kelas bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan untuk kejohanan tersebut.Semua AJK GerkO Petanque PPISMP 2.03 telah memainkan peranan masing-masing dengan baik.Salah satu daripada persiapan tersebut adalah membuat banner/kain rentang.


Syahira,Farah Husna,Zahriha dan Zaimah
sedang tekun mewarna huruf-huruf yang
telah siap dilakarkan.


Izzudeen dan Amar adalah antara tonggak utama
proses penghasilan kain rentang kejohanan ini.
Hasil kerja yang diberikan wajar diberi pujian.


Nazri selaku Pengerusi GERKO Petanque PPISMP 2.03
memantau dan membantu si Amar dan si Asyraaf
untuk membuat ukuran dan lakaran kasar pada awalnya.


Proses lakaran dan ukuran sedang dijalankan.
Gambar Nazrin tiada di dalam gambar kerana
dia lah photographer gambar2 ini.huhu...


Syahirah dan Farah Husna kelihatan begitu bersungguh-sungguh sekali,
demi memastikan proses mewarna dapat dijalankan dengan baik.
Terima Kasih kerana membantu!!


Zahriha tetap tabah melakukan kerja2 sebegini,walaupun suara
dia serak kerana sakit tekak.hehehe...
Zaimah sentiasa membantu dan rajin dalam sebarang kerja yang dilakukan.
Mereka tidak pernah menghampakan kami.huhu...


Deen dan Amar sentiasa saling bertukar idea dan pendapat
dalam sebarang tugasan yang diberikan.
Bagi sahaja apapun kerja,pasti bereh punyer.


Kerja separuh jalan.
Lagi separuh tak sempat ambil gambar.
Nanti-nanti je lah...


Ini sahaja cerita tentang pembikinan
banner kejohananan Petanque yang dapat dikongsikan.
Keceriaan kami di PPISMP 2.03 akan terus malar segar
dalam cerita-cerita yg akan datang.


Sekian,wassalam.

Geng PetanQue Muslimin


Gambar yg dimuatkan di bawah ini diambil ketika hujan merintih lebat
membasahi bumi IPIS.Memandangkan cuaca sedemikian,maka kami pun berteduh di ruang astaka berdekatan dengan padang besar IPG-KPI.Sambil menyelam minum air.
Jadi, kami pun mengambil kesempatan bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.
Masa ni kitorang GERKo-Petanque di Padang IPG KPI.
Waktu GERKO kami yg sebenar ialah pada setiap hari Rabu,jam 3.00 petang.
Puan Rabiah adalah pensyarah pembimbing kami bagi permainan Petanque ini.



gambo ni agak menarik jugak lah sebab ade ramai pemuda harapan bangsa kt sini.
kombinasi mantap syabab PPISMP 2.03 dan 2.04...
semoga ukhuwah Islami kita kekal buat selamanya...amin...


Dari kiri ke kanan:

Zulfikri-hafizan-Uwais-Asyraf Zamri-Aku-Izzudeen-Nazri-
Asyraaf Azhar-Kamal-Amar



(create by nazrin)