Guru Ibarat Lilin Yang Menerangi

Thursday, March 25, 2010

Pembikinan Banner Kejohanan Petanque

Assalammualaikum kepada anda sekalian.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan
sentiasa dinaungi kerahmatan dan redha daripada-NYA,amin...

Kelas kami tidak ketandusan idea untuk memuatkan ceritera menarik dan membina,
di samping meningkatkan keceriaan kelas 2.03 yang disayangi ini.Kerjasama daripada semua kawan-kawan sangat diperlukan dalam menjayakan segala bentuk aktiviti yang dianjurkan.Tiada kejayaan tanpa usaha,dan tiada kualiti tanpa kerjasama daripada semua ahli.

Memandangkan dalam minggu pertama bulan April nanti,kami akan menganjurkan sebuah Kejohanan Petanque Double,jadi kami telah membuat banner bagi pertandingan tersebut.Tarikh 24 Mac 2010 adalah tarikh ahli-ahli kelas bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan untuk kejohanan tersebut.Semua AJK GerkO Petanque PPISMP 2.03 telah memainkan peranan masing-masing dengan baik.Salah satu daripada persiapan tersebut adalah membuat banner/kain rentang.


Syahira,Farah Husna,Zahriha dan Zaimah
sedang tekun mewarna huruf-huruf yang
telah siap dilakarkan.


Izzudeen dan Amar adalah antara tonggak utama
proses penghasilan kain rentang kejohanan ini.
Hasil kerja yang diberikan wajar diberi pujian.


Nazri selaku Pengerusi GERKO Petanque PPISMP 2.03
memantau dan membantu si Amar dan si Asyraaf
untuk membuat ukuran dan lakaran kasar pada awalnya.


Proses lakaran dan ukuran sedang dijalankan.
Gambar Nazrin tiada di dalam gambar kerana
dia lah photographer gambar2 ini.huhu...


Syahirah dan Farah Husna kelihatan begitu bersungguh-sungguh sekali,
demi memastikan proses mewarna dapat dijalankan dengan baik.
Terima Kasih kerana membantu!!


Zahriha tetap tabah melakukan kerja2 sebegini,walaupun suara
dia serak kerana sakit tekak.hehehe...
Zaimah sentiasa membantu dan rajin dalam sebarang kerja yang dilakukan.
Mereka tidak pernah menghampakan kami.huhu...


Deen dan Amar sentiasa saling bertukar idea dan pendapat
dalam sebarang tugasan yang diberikan.
Bagi sahaja apapun kerja,pasti bereh punyer.


Kerja separuh jalan.
Lagi separuh tak sempat ambil gambar.
Nanti-nanti je lah...


Ini sahaja cerita tentang pembikinan
banner kejohananan Petanque yang dapat dikongsikan.
Keceriaan kami di PPISMP 2.03 akan terus malar segar
dalam cerita-cerita yg akan datang.


Sekian,wassalam.

Kehebatan

SIAPA LEBIH HEBAT?

Pada suatu hari, ada seorang buruh yang bekerja mengumpulkan batu-batan di sebuah gunung. Batu-batu yang diambil nanti akan digunakan untuk membuat rumahnya. Bagi memperoleh batu-batu di gunung itu, si buruh perlulah memecahkan batu-batan besar yang terdapat di gunung tersebut. Ketika buruh itu sedang melakukan kerjanya, cuaca sangat panas sehinggakan buruh itu terpaksa menanggalkan pakaiannya untuk menyejukkan badan.

Pada masa yang sama Si Matahari telah ketawa keriangan “Haha.. Betapa hebatnya aku, aku boleh memanaskan bumi sampaikan Si Buruh itu pun menanggalkan pakaiannya kerana terlampau panas kerana cahayaku”. Sejurus sahaja Si Matahari berkata demikian, Si Awan pun datang dan menutup cahaya Si Matahari daripada terus ke bumi.

Si Buruh pun berasa sangat lega sekali kerana cuaca menjadi mendung. Maka hilanglah kehebatan Si Matahari memanaskan bumi. Si Awan berkata kepada Matahari “Hai Matahari, aku lagi hebat daripada kau, kau boleh memancarkan cahaya kau, tetapi aku yang menghalangnya. Haha...”, kata Si Awan dengan angkuhnya.

Keriangan Si Awan tidak lama, tiba-tiba Si Angin telah datang dan menolak Si Awan ke tempat lain. Hilanglah kehebatan Si Awan. Si Angin pula berteriak kepada Si Awan “Sehebat kau menghalang cahaya Si Matahari, hebat lagi aku menolak kau, sekarang akulah yang paling hebat!”, teriak Si Angin. Si Angin pun menyusur dengan laju menunjukkan kehebatannya. Tetapi malang tidak berbau, Si Angin terlanggar dengan Si Gunung lalu berkecailah Si Angin dengan keangkuhannya itu.

Melihat kehebatannya menghalang Si Angin, Si Gunung pun membanggakan diri kepada Si Matahari dan Si Awan. “Aku telah mengalahkan Si Angin yang angkuh, siapa pula yang hebat sekarang ha?” Si Gunung berasa dirinya yang hebat antara semua. Si Matahari dan Si Awan berasa malu dan bersalah di atas keangkuhan mereka tadi. Tiba-tiba Si Gunung menjerit kesakitan menyebabkan Si Matahari dan Si Awan pun terkejut. Rupa-rupanya Si Buruh sedang memecahkan batu di kaki gunung. Si Gunung berasa sangat marah kepada Si Buruh tetapi apakan daya, dia tak dapat berbuat apa-apa. “Hai...nampak gayanya tak ada yang lagi hebat..”, kata Si Matahari dan Si Awan dengan nada sinis kepada Si Gunung.



PENGAJARAN :

Kisah di atas menunujukkan kita sebagai makhluk Allah S.W.T tidak berkuasa sama sekali.Si Buruh berasa panas disebabkan Si Matahari. Si Matahari dilindungi oleh Si Awan. Si Awan pula ditolak oleh Si Angin. Si Angin dihalang oleh Si Gunung. Akhirnya Si Buruh juga yang menyakiti Si Gunung.

Allah S.W.T tidak menciptakan kita sebagai makhluk-Nya sebagai sia-sia. Semuannya diciptakan hanyalah untuk beriman kepada Allah. Setiap daripada kita melengkapi antara satu sama lain, tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih, semuanya adalah sama sahaja. Tidak ada yang lebih hebat melainkan Allah S.W.T.

Oleh itu siapa Yang Lebih Hebat? Selamat Beramal.


Persiapan Sebelum Pemantauan MQA

Keserabutan dan tsunami kesibukan telah melanda kami di PPISMP 2.03.Mana taknya,kami kena sediakan fail2 setiap subjek bagi pemantauan pihak MQA.masing2 sibuk menghabiskan duit elaun,mengerah tenaga,memerah keringat dan segalanya demi menjayakan proses menyiapkan fail2 tersebut.

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar...huhuhu...
nasib baiklah aku simpan fail2 masa semester 1 dulu.senang cket keje aku
(senang lah sgt,lalalala)

Sifat rajin tertanam subur di dalam diri kami semua semenjak dikomen oleh
pihak berwajib IPG KPI berkenaan kekurangan di kelas kami.
Semoga sifat rajin ini tersemai-subur dengan malar dalam diri kami semua.Amin!!
hidup PPISMP 2.03!!!


antara kawan-kawan yg sedang bertungkus-lumus mengupdate fail2..
sanggup datang ke kelas pd waktu malam semata-mata utk melunaskan tanggungjawab tersebut...ngeh3....


keadaan kelas masa penghuninya tiada...
x tahu lah kalau 'makhluk lain'ada yg tumpang sekejap kt sini...
hehehe...


suasana kelas yg kian ceria menambah keghairahan kami utk meneruskan
pembelajaran di sini.walaupun dibebani dengan banyak sgt KKP dan sebagainya,kami tetap tabah!!!


Sibuk betul diorang ni kan??
bagus2....teruskan kerja2 kamu...ketekunan asas kejayaan...


Papan Kenyataan Setiap Subjek
di kelas kami...
AJK Subjek memainkan peranan dengan sgt baik.Mabruk alaikum!


fail yg melambak2 ni penulis cerita ni yg punyer...hahaha...
saje2 amek gambo ni sebagai tanda kenang-kenangan dan bukti bahawa
ni aku punye...( x masal)



Sekian terima kasih!!


Geng PetanQue Muslimin


Gambar yg dimuatkan di bawah ini diambil ketika hujan merintih lebat
membasahi bumi IPIS.Memandangkan cuaca sedemikian,maka kami pun berteduh di ruang astaka berdekatan dengan padang besar IPG-KPI.Sambil menyelam minum air.
Jadi, kami pun mengambil kesempatan bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.
Masa ni kitorang GERKo-Petanque di Padang IPG KPI.
Waktu GERKO kami yg sebenar ialah pada setiap hari Rabu,jam 3.00 petang.
Puan Rabiah adalah pensyarah pembimbing kami bagi permainan Petanque ini.



gambo ni agak menarik jugak lah sebab ade ramai pemuda harapan bangsa kt sini.
kombinasi mantap syabab PPISMP 2.03 dan 2.04...
semoga ukhuwah Islami kita kekal buat selamanya...amin...


Dari kiri ke kanan:

Zulfikri-hafizan-Uwais-Asyraf Zamri-Aku-Izzudeen-Nazri-
Asyraaf Azhar-Kamal-Amar



(create by nazrin)



bila dah ceria...

Semoga dengan kondisi kelas PPISMP 2.03 Ambilan Julai 2009
yang kian indah ini,dapat memberi spirit baru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kami semua...aminn...
Pepatah arab ada mengatakan
"InnaLLAha jamilun yuhibbul jamal"


Kedudukan Meja Kabinet Menteri-Menteri
PPISMP 2.03 Ambilan Julai 2009


Signboard nama Penulis Cerita ni...
Kenapa bunga kale pink???
Persoalan yang memalukan diri sendiri sebagai seorang lelaki...


Jadual Waktu,Carta Kepimpinan PPISMP 2.03,
dan Jadual Bertugas Harian...
Terima Kasih kepada yang membuat...
Jasa Anda dikenang!!



Sibuk mengemas dan menceriakan kelas...
Pelajar muslimin xde ke???
Alamak ai!!!
*Kelas ni sangat kecil sebenarnya...
Pelajar2nya pun comel2,dan kiut2 belaka....


Sedang Kemas kini kelas...
Izzudeen tOnggak utama kelas ni...


Meja Naz dengan Amar...


Suasana Cantik dan Kondusif...
Moga dengan suasana baru dan cantik ini,
juga dapat meningkatkan kecantikan diri kita semua
dari sudut keimanan,keIslaman,ketakwaan,semangat belajar,
dan perkara2 mahmudah yang lain..


Penulis cerita ini ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua penghuni kelas PPISMP 2.03 atas segala bentuk sumbangan
dan bantuan...
Tanpa mereka,nak jadi ape lah dgn kelas ni??!



Purple yang melembutkan dan menenangkan~
Terima kasih kepada pemilih warna alas meja!!
hahaha....



+Puan Mutia Sabihah Asri+
+Ustazah Rosidah Jemain+

+Izzudeen++Syahirah++Yati++Farah Husna+
+Nazri++asyraaf++NazRin++amaR+
+Naemah++Husna++adaH++piQah++aiN++Riha+
+Zurina++farhaNi++Zaimah+
+atiKah+

18 pelajar=5 arjuna+13 serikandi..



Wednesday, March 24, 2010

Segalanya bermula

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tepat pada jam 1.00 tengahari,hari Khamis,bersamaan dengan 25 Mac 2010,
kelas kami telah berjaya menghasilkan sebuah blog dengan matlamat agar
segala aktiviti dan perkembangan kelas PPISMP 2.03 Ambilan Julai 2009
dapat dimuatkan di ruangan sosial ini.

Semoga dengan blog kelas PPISMP 2.03 ini,kita akan mendapat pelbagai manfaat,
maklumat,keceriaan,dan sebagainya.Paling penting sekali,niat kita sendiri...tanya pada diri kita,apa yg kita nak dapatkan melalui ruangan blog kelas kita ni???
Kalau baik niatnya,maka baiklah yg akan didapati.

Jadikanlah blog ini sebagai medium yang terbaik untuk berinteraksi,dan berkongsi agar ukhuwah kita yg terbina ini akan terus kekal tersemat teguh dalam sanubari kita semua.

HiduP PPISMP 2.03!!!
Teruskan berjuang dalam menyemai suburkan iman dan takwa dalam diri kita semua.

sekian wassalam...