Guru Ibarat Lilin Yang Menerangi

Thursday, March 25, 2010

Pembikinan Banner Kejohanan Petanque

Assalammualaikum kepada anda sekalian.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan
sentiasa dinaungi kerahmatan dan redha daripada-NYA,amin...

Kelas kami tidak ketandusan idea untuk memuatkan ceritera menarik dan membina,
di samping meningkatkan keceriaan kelas 2.03 yang disayangi ini.Kerjasama daripada semua kawan-kawan sangat diperlukan dalam menjayakan segala bentuk aktiviti yang dianjurkan.Tiada kejayaan tanpa usaha,dan tiada kualiti tanpa kerjasama daripada semua ahli.

Memandangkan dalam minggu pertama bulan April nanti,kami akan menganjurkan sebuah Kejohanan Petanque Double,jadi kami telah membuat banner bagi pertandingan tersebut.Tarikh 24 Mac 2010 adalah tarikh ahli-ahli kelas bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan untuk kejohanan tersebut.Semua AJK GerkO Petanque PPISMP 2.03 telah memainkan peranan masing-masing dengan baik.Salah satu daripada persiapan tersebut adalah membuat banner/kain rentang.


Syahira,Farah Husna,Zahriha dan Zaimah
sedang tekun mewarna huruf-huruf yang
telah siap dilakarkan.


Izzudeen dan Amar adalah antara tonggak utama
proses penghasilan kain rentang kejohanan ini.
Hasil kerja yang diberikan wajar diberi pujian.


Nazri selaku Pengerusi GERKO Petanque PPISMP 2.03
memantau dan membantu si Amar dan si Asyraaf
untuk membuat ukuran dan lakaran kasar pada awalnya.


Proses lakaran dan ukuran sedang dijalankan.
Gambar Nazrin tiada di dalam gambar kerana
dia lah photographer gambar2 ini.huhu...


Syahirah dan Farah Husna kelihatan begitu bersungguh-sungguh sekali,
demi memastikan proses mewarna dapat dijalankan dengan baik.
Terima Kasih kerana membantu!!


Zahriha tetap tabah melakukan kerja2 sebegini,walaupun suara
dia serak kerana sakit tekak.hehehe...
Zaimah sentiasa membantu dan rajin dalam sebarang kerja yang dilakukan.
Mereka tidak pernah menghampakan kami.huhu...


Deen dan Amar sentiasa saling bertukar idea dan pendapat
dalam sebarang tugasan yang diberikan.
Bagi sahaja apapun kerja,pasti bereh punyer.


Kerja separuh jalan.
Lagi separuh tak sempat ambil gambar.
Nanti-nanti je lah...


Ini sahaja cerita tentang pembikinan
banner kejohananan Petanque yang dapat dikongsikan.
Keceriaan kami di PPISMP 2.03 akan terus malar segar
dalam cerita-cerita yg akan datang.


Sekian,wassalam.

No comments:

Post a Comment