Guru Ibarat Lilin Yang Menerangi

Tuesday, May 11, 2010

kongres integriti pemimpin mahasiswa 2010

“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman Rabku, akan habislah lautan sebelum firman Rabku habis ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu pula.” (Al-Kahfi: 109)

1 Malaysia Berintegriti:Mahasiswa Melestari
Ucap Utama oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi)
Anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian tinggi
masa: 11 mei 2010/selasa/9.00 pagi

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

Banyak IPTA,IPG dan Politeknik hadir dalam kongres tersebut.IPG Kampus Pendidikan Islam telah menghantar sebahagian besar Pembimbing Rakan Siswa dan Kelas PPISMP 2.03 ke sana. lebih kurang 1000 orang peserta yang menyertai kongres ini.


dewan santapan kami yang begitu gah sekali
bakal pemimpin dan pendidik masa hadapan


Antara penceramah yang membentangkan tajuk dan pandangan masing2 dengan penuh bersemangat..


Dr. Asyraf Wajdi Dasuki


Gambar kenangan bersama selepas tamat kongres

No comments:

Post a Comment